Friday, December 30, 2011

Indahnya Hidup Bercinta


Hari ini juga terasa indah menjalani hidup bersama insan bernama kekasih....kekasih yang halal bagi seorang wanita bernama isteri..

Setiap pasangan keluarga baru pastinya mengimpikan kehidupan sendiri, belajar untuk berdikari, dan melalui liku-liku kehidupan berumahtangga dengan corak tersendiri. Sang suami selalu kata kepada si ratu hati, perkahwinan ini umpama membina sebuah satu kumpulan yang baru. 

Kumpulan yang mana akan bertanggungjawab kepada setiap keperluan ahli kumpulan. Kumpulan yang akan sentiasa bekerjasama dalam setiap perkara di dalam kumpulannya. Jatuh bangunnya kumpulan itu adalah dicorakkan oleh kumpulan itu sendiri. Oleh itu, untuk berjaya dalam kerja berkumpulan, maka perlunya setiap ahli kumpulan menyokong antara satu dengan yang lain. Jangan sesekali menjatuhkan ahli kumpulan lain. Jangan sesekali...kerana sekiranya kita menjatuhkan ahli kumpulan kita, maka dengan sendirinya kita sebenarnya menjatuhkan diri kita sama. Teruk bukan? Huhu.... Hidup terlalu singkat untuk kita melakukan pekara yang tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada kita...
....................................................................................................................................................

Suami.. Seorang lelaki yang susah untuk digambarkan betapa besar maknanya dalam hidup ini. Seorang yang ALLAH anugerahkan kepada isteri untuk menjalani kehidupan di muka bumi yang diciptakan oleh-NYA untuk manusia belajar dan melihat kebesaran- NYA. Alhamdulillah ALLAH sangat menyayangi diri ini.
Si isteri selalu bertanya pada suaminya...”Abang, kita suami isteri kan?” hehe...dan suaminya menjawab, “ya sayang, suami isteri. Bahkan hampir setiap hari si isteri akan sentiasa bertanya soalan tersebut, dan begitu juga si suami tidak pernah jemu untuk menjawab pertanyaan isterinya.

Sebenarnya, pada si isteri, dia merasakan seakan-akan masih tidak percaya sudah memiliki seorang suami. Hehe.. Alamdulillah ALLAh sudi menganugerahkan seorang lelaki untuknya. Seorang yang kadang-kala dianggap seperti pakwe, hehehe..kadang-kadang dianggap juga seperti seorang kekasih yang sangat romantik..seorang pelawak...seorang pembantu yang sangat setia..seorang HERO yang akan berjuang untuk keadilan kekasihnya. Hidup mempunyai suami dirasakan seperti hidup mempunyai kekasih..buah hati..dan juga seseorang yang sangat rapat dengan diri ini.

ALLAH sangat memahami hamba-hambanya. Makin panjang masa melayari kehidupan sebagai suami isteri, diri ini semakin bertambah-tambah kagum, dan merasa kebesaran ALLAH..Ya ALLAH, terima kasih ya ALLAH.. ALLAH mengirimkan seseorang yang sangat-sangat match untuk dijadikan pendamping hidup ini. Match seakan-akan puzzle yang perlu dicari pasangan yang mempunyai sambungan gambar yang padan untuk membentuk gambaran sebenar puzzle tersebut. Indahnya hidup bercinta kepada yang halal. 

Alhamdulillah..syukur kupanjatkan kepada kasih sayang yang ALLAH anugerahkan.. Sesungguhnya banyak ayat-ayat cinta yang ALLAH turunkan tentang kebesaran-NYA, dan membuatkan diri ini terbuai dengan satu ayat cinta ALLAH:

30: 21 (Surah Ar-Rum)
“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-NYA ialah DIA menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan DIA mejadikan diantaramu kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi kaum yang berfikir.”

Maka, setiap kali berbual dengan suami tentang keserasian, kehidupan berumahtangga, kasih sayang, ALLHAMDULILLAH semuanya balik kepada ALLAH. ALLAH yang telah menemukan kami, dan menjadikan kami suamisteri, walaupun pada hakikatnya kami berasal dari dua tempat yang sangat jauh. ALAHMDULILLAH...terima kasih ALLAH. 

Ikan Bertasbih


Bissmillahhirohmanirohim......

Semalam terasa indah saat bersama-sama dengan buah hati, yang juga merangkap suami, berjalan-jalan menikmati suasana petang yang aman dan damai di tepi tasik. Terasa masa sangat pantas meninggalkan kami kerana belum sempat berbual panjang, hari sudah semakin gelap. Siapa tahu perasaan keluar dating bersama suami, hanya yang mengalaminya saja yang tahu.. huhuhu.. Alhamdulillah...Syukur atas segala nikmat yang ALLAH berikan.. Sesungguhnya tidaklah ALLAH jadikan semua ini hanya untuk sia-sia..

Berdating bersama suami di tepi tasik PICC, sambil mendengar bunyi deruan air yang tidak putus bertasbih, dan berzikir memuji ALLAH membuatkan hati menjadi lebih tenang... Kemudian, kami berbual tentang ketenangan takkala  melihat air mengalir, ketenteraman hati pabila mendengar deruan air, dan sempat juga memuji-muji kebesaran ALLAH kerana sudi mengirimkan hembusan angin yang mendamaikan hati sepasang suami-isteri... Alhamdulillah....

Sambil menikmati ketenangan yang ALLAH anugerahkan, kami berbual tentang keindahan bumi... Maka bermulala dialog antara sepasang kekasih...

Isteri: Abang, abang tahu tak..Semua yang ALLAH ciptakan beragama islam? Matahari islam, langit islam, air islam, bumi islam...semua islam.....
Suami: Semua islam? Maksudnya?
Isteri: Ya, semua islam..air, matahari, angin, langit...semua berzikir memuji ALLAH setiap saat..itulah sebabnya bila kita mendengar bunyi air, bunyi ombak...hati kita akan menjadi lebih tenang..aman..tenteram... ikan-ikan pun sama..berzikir kepada ALLAH setiap masa...
Suami: (Tersenyum)....

........................................................................................................................................

Sesungguhnya ALLAH maha mendengar setiap apa yang dibualkan, dibicarakan, hatta yang berada di dalam hati hamba-hamba NYA.. kerana kita adalah antara ciptaanNYA..Alhamdulillah selesai solat, dan membaca ayat-ayat cinta ALLAH, ALLAH temukan dengan ayat ni :

“Langit yang tujuh, bumi dan semua yang berada di dalamnya bertasbih kepada ALLAH. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-NYA, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun.” 17: 44

Pasangan suami isteri pun tersenyum, sambil memuji kebesaran ALLAH...SubahanALLAH...