Hari
ini juga terasa indah menjalani hidup bersama insan bernama kekasih....kekasih
yang halal bagi seorang wanita bernama isteri..
Setiap
pasangan keluarga baru pastinya mengimpikan kehidupan sendiri, belajar untuk
berdikari, dan melalui liku-liku kehidupan berumahtangga dengan corak
tersendiri. Sang suami selalu kata kepada si ratu hati, perkahwinan ini umpama
membina sebuah satu kumpulan yang baru.
Kumpulan yang mana akan
bertanggungjawab kepada setiap keperluan ahli kumpulan. Kumpulan yang akan
sentiasa bekerjasama dalam setiap perkara di dalam kumpulannya. Jatuh bangunnya
kumpulan itu adalah dicorakkan oleh kumpulan itu sendiri. Oleh itu, untuk
berjaya dalam kerja berkumpulan, maka perlunya setiap ahli kumpulan menyokong
antara satu dengan yang lain. Jangan sesekali menjatuhkan ahli kumpulan lain. Jangan
sesekali...kerana sekiranya kita menjatuhkan ahli kumpulan kita, maka dengan sendirinya
kita sebenarnya menjatuhkan diri kita sama. Teruk bukan? Huhu.... Hidup terlalu
singkat untuk kita melakukan pekara yang tidak mendatangkan sebarang manfaat
kepada kita...
....................................................................................................................................................
Suami..
Seorang lelaki yang susah untuk digambarkan betapa besar maknanya dalam hidup
ini. Seorang yang ALLAH anugerahkan kepada isteri untuk menjalani kehidupan di
muka bumi yang diciptakan oleh-NYA untuk manusia belajar dan melihat kebesaran-
NYA. Alhamdulillah ALLAH sangat menyayangi diri ini.
Si
isteri selalu bertanya pada suaminya...”Abang, kita suami isteri kan?” hehe...dan
suaminya menjawab, “ya sayang, suami isteri. Bahkan hampir setiap hari si
isteri akan sentiasa bertanya soalan tersebut, dan begitu juga si suami tidak
pernah jemu untuk menjawab pertanyaan isterinya.
Sebenarnya,
pada si isteri, dia merasakan seakan-akan masih tidak percaya sudah memiliki
seorang suami. Hehe.. Alamdulillah ALLAh sudi menganugerahkan seorang lelaki
untuknya. Seorang yang kadang-kala dianggap seperti pakwe,
hehehe..kadang-kadang dianggap juga seperti seorang kekasih yang sangat
romantik..seorang pelawak...seorang pembantu yang sangat setia..seorang HERO
yang akan berjuang untuk keadilan kekasihnya. Hidup mempunyai suami dirasakan
seperti hidup mempunyai kekasih..buah hati..dan juga seseorang yang sangat
rapat dengan diri ini.
ALLAH
sangat memahami hamba-hambanya. Makin panjang masa melayari kehidupan sebagai
suami isteri, diri ini semakin bertambah-tambah kagum, dan merasa kebesaran ALLAH..Ya
ALLAH, terima kasih ya ALLAH.. ALLAH mengirimkan seseorang yang sangat-sangat
match untuk dijadikan pendamping hidup ini. Match seakan-akan puzzle yang perlu
dicari pasangan yang mempunyai sambungan gambar yang padan untuk membentuk
gambaran sebenar puzzle tersebut. Indahnya hidup bercinta kepada yang halal.
Alhamdulillah..syukur
kupanjatkan kepada kasih sayang yang ALLAH anugerahkan.. Sesungguhnya banyak
ayat-ayat cinta yang ALLAH turunkan tentang kebesaran-NYA, dan membuatkan diri
ini terbuai dengan satu ayat cinta ALLAH:
30:
21 (Surah Ar-Rum)
“Dan di antara
tanda-tanda (kebesaran)-NYA ialah DIA menciptakan pasangan-pasangan untukmu
dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan
DIA mejadikan diantaramu kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi kaum yang berfikir.”
Maka,
setiap kali berbual dengan suami tentang keserasian, kehidupan berumahtangga,
kasih sayang, ALLHAMDULILLAH semuanya balik kepada ALLAH. ALLAH yang telah
menemukan kami, dan menjadikan kami suamisteri, walaupun pada hakikatnya kami
berasal dari dua tempat yang sangat jauh. ALAHMDULILLAH...terima kasih ALLAH.
No comments:
Post a Comment