Tersentak hati membaca ruangan kosmo hai ini.."Makin putih kulitnya, makin mahal harganya".. terasa sangat simpati takkala membaca paparan akhbar kosmo..malang sungguh bayi itu, lahir sebagai seorang insan yang sudah dijadikan bahan jualan padahal baru berusia sangat-sangatlah muda..kasiha..kasihan... Mungkin itulah juga kenapa budaya menjual tubuh badan tidak makin surut, malah semakin bertambah ..kerana sedari kecil lagi manusia ini sudah dijadikan bahan jualan..bahan dagangan..
Ya ALLAH..apalah nak jadi dengan kehidupan manusia sebegini..manusia dilahirkan untuk menjadi khalifah dimuka bumi...dan bukan bahan dagangan untuk mendapatkan keuntungan kekayaan, mahupun keuntungan peribadi akibat dahagakan kasih sayang kepada anak, yang hakikatnya adalah anak orang lain.
Dalam Islam ada caranya mengambil anak angkat, sedangkan Nabi juga mempunyai anak angkat yang boleh kita jadikan contoh dan teladan dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang manusia dimuka bumi ini. Allahualam... Semoga keinsafan didetikkan dihati kita takkala dunia kini yang semakin beralih kepada masa uzurnya...
sanggup jual anak..
ReplyDeletekasihan anak kecil itu bila dewasa kelak