Saturday, November 5, 2011

Majlis Pertunangan Di Sabah

Semalam (05/11/2011)-Sabtu, saya ke majlis pertunangan salah seorang sahabat saya.. Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik..Hujan renyai-renyai yang mengiringi majlis pertunangan sahabatku seakan-akan turut memberkati majlis tersebut.. Alhamdulillah..

Semasa majlis berlangsung, seperti biasa, saya berasa sangat suka melihat rakan-rakan berseri-seri dan penuh gembira di majlis pertunangan, mahupun majlis perkahwinan. huhuhu...excited sangat kot tengok orang lain bertunang..sedangkan saya pun hanya menghitung hari untuk menjadi suri dalam hati seorang bakal suami.. InsyaALLAH..

Majlis pertunangan di Sabah mungkin tidak jauh berbeza dengan majlis pertunangan di negeri lain. Kat sabah, dalam majlis pertunangan biasanya memnag akan di dahului dengan perbincangan antara ke dua buah keluarga..bincang-bincang hal penting la..Hal wang hantaran yang dipersetujui..hal penetapan tarikh kahwin..kemudian hal perbelanjaan anggaran pertunangan..

Selain tu, paling penting, kedua-dua bakal tunang hendaklah membawa kad pengenalan dulu (KP).. huhuhu..Kp penting untuk rujukan ketua kampung. Sebabnya ketua kampung akan membuat pendaftaran pertunangan pada borang khas untuk pertunangan. Mungkin ini yang agak berlainan dengan majlis pertunangan diSabah dengan di negeri lain. Di Sabah, satu borang pendaftaran pertunangan akan diisi oleh ketua kampung untuk mendaftarkan pertunangan tersebut..huhuhu..jadi, bukan senang-senang nak tunang.. Apapun yang penting kita hendaklah serious dalam pertunangan tersebut.. InsyaALLAH

Kemudian dalam majlis pertunangan juga, bakal ibu mentua akan menyarungkan cincin di jari manis pada tangan kiri bakal menantunya. Dah salam-salam semuanya, barulah acara bertukar barang-barang hantaran sekiranya ada. Kalau tak ada pun tidak menjadi masalah..Apa yang penting, majlis berjalan lancar dan diberkati oleh ALLAH. InsyaALLAH..

Selesai semua acara pertunangan, imam akan membaca doa untuk memohon agar majlis pertunangan diberkati dan dirahmati oleh ALLAH.. Doa la yang paling utama, dan sebaiknya elakkan la majlis yang melalaikan.

Akhir sekali...makannnnnnnn...huhuhu......abah saya selalu kata, dalam majlis ni, tak kisah la pasal hiasan ke, ape ke..itu semua hanya kemahuan kita, dan bukannya keperluan...yang paling penting, makanan..mesti cukup untuk semua tetamu... huhuhu..betul juga kata abah..makanan mestilah cukup..lebih xpe, kurang jangan sekali..huhuhu...apapun kita doalah pada ALLAH agar majlis berjalan dengan lancar. InsyaALLAH... :)

Friday, November 4, 2011

Aktiviti Hujung Minggu VS Hari Raya Aidiladha..

Alhamdulillah saya masih mampu untuk bangun tidur, dan mengucapkan syukur kepada ALLAH kerana masih diberi kesempatan dan peluang untuk meneruskan kehidupan. Alhamdulillah... Seperti kebiasaan, bangun tidur, baca doa la dulu...

" Bersyukur kepada ALLAH yang menghidupkan setelah mematikan, dan hanya kepada ALLAH tempat kembalinya segala sesuatu"

Doa ketika bangun dari tidur


Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.




Maksudnya:

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan degan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah daku.

Hari ni kena mengemas rumah...kerja hujung minggu..mengemas2 apa yang patut dikemas...awal pagi mula2 masak dulu untuk makanan tengahhari..kemudian membantu mama mengemas rumah..mengecat ruang tamu rumah..seronok juga mengemas bersama seisi keluarga..tak la penat sorang2...cumanya kene mengalih2 perabot yang agak kalah sket..agak berat, jadi itula gunanya anak lelaki mama kata...Alhamdulillah mama ramai anak lelaki..5 orang anak lelaki..3 orang anak perempuan...jadi banyakla tangan yang boleh membantu..

Mama sangat pandai mengecat..mama ajar2 juga saya teknik mengecat..huhu..tapi saya masih gagal...saya tak begitu pandai..tapi dinding yang mama cat sangat2 cantik...

Adik lelaki saya pula dok sibok nak tanya macam mana nak buat Kuih Penjaram. Di negeri lain mungkin namanya lain, tapi di Sabah kami panggilnya kuih Penjaram...Kuihnya manis, kuih tradisional..Kuih penjaram ni digoreng, dan hujung kuih tu akan jadi cantik macam kelopak bunga.... Saya nak cari juga resepi ni..InsyaALLAH nanti nak belajar buat kuih penjaram..InsyaALLAH..huhuhu...

Emm esok hari raya Aidil adha, kami sekeluarga kumpul2 dulit, (dalam bahasa sabahnya, kami rukut-rukut duit) untuk beli binatang yang nak dikorbankan..lagi pun ni aktiviti korban sekampung..Kampungku yang diberi nama KG. Merampong. Memang tiap tahun aktiviti korban akan dibuat, jadi siapa-siapa yang ingin ikut serta boleh saja...Semua peserta kumpul duit, dan ajk akan beli binatang yang akan disembeli..daging sembelihan akan diagih-agihkan kepada penduduk kampung. Alhamdulillah..

Raya Adha tahun ini, mama akan buat kuih tradisi..biasa mama buat kuih sapit, kuih bintang, dan kuih lidah kambing..huhuhuhu...seronok ingat musim raya.. Semoga raya ini membawa keberkatan kepada kita semua. Amin..InsyaALLAH...


Nasihat Untuk Wanita Dari Makcik ku...

Alhamdulillah..syukyr kepada ALLAH sebagai seorang insan, saya masih hidup dan dapat melihat dunia yang ALLAH ciptakan untuk pelengkap kehidupan manusia ini.. Alhamdulillah...

Hari ini, seperti biasa, saya ke sekolah..bertugas seperti biasa..huhuhu..kerja sebagai guru ganti sementara aje di sekolah depan rumah, namun Alhamdulillah ni la rezeki yang tidak disangka-sangka yang ALLAH bagi kan? sebenarnya pada pendapat saya, agak lumayan juga gaji guru, walaupun hanya guru ganti..sehari dibayar RM95.90 (bagi pemegang ijazah)..Alhamdulillah..jadi tak sampai sebulan pun blh dapat juga dalam 1k lebih2 sket..Alhamdulillah.. Rezeki..bukannya apa, as penganggur seperti saya ni, memang sangat bersemangat nak bekerja, almaklum belum ada pengalaman as guru bergaji... huhuhu..

Em nak dijadikan ceritanya, saya berkunjung ke rumah seorang makcik saya ni..dia dah nak pencen dah hujung tahun ni..pencen dari jawatan guru..masa saya kecik-kecik dulu tak pernah la sangat rapat dengan makcik saya ni...al maklum saya duduk kampung, pedalaman pula tu..makcik pula bertugas di ibu negeri..jadi tak pernah la rapat sangat..namun Alhamdulillah dah dewasa2 ni bertugas ditempat yang sama dengan makcik..Alhamdulillah...

Saya pun ditanya oleh makcik..ape perancangan untuk masa hadapan..jadi jawapnya, saya sudah habis degree, dan dalam masa mengunggu penempatan guru, kerana saya salah seorang pemegang ijazah sarjana muda pendidikan. InsyaALLAh kalau dah dapat posting, saya bercadang hendak sambung belajar ke master, dan insyaALLAH nak ke PhD juga.. InsyaALLAH..memang tu la perancangannya..

Makcik saya pun mula la menasihati saya...huhuhu...sebagai seorang perempuan, tak penting belajar tinggi sangat.. dah dapat ijazah pun dah ok..tidak perlu la tinggi sangat..sebabnya lelaki (suami) tak pandang sangat benda macam tu..lelaki macam mana pun memang sangat2 perlukan perhatian, dan kasih sayang dari isterinya. Bukan apa, makcik nasihat ni sebab tak lama lagi memang saya akan ke arah tu...perkahwinan..InsyaALLAH..

Makcik kata, boleh sambung belajar kalau duduk masih serumah, samaada pilih tempat study yang dekat dengan rumah, atau ambil PJJ...emm memang itu niat saya, nak pilih institusi yang berdekatan dengan rumah..InsyaALLAH jika diizinkan ALLAH, saya memang nak elakkan daripada berjauhan dengan keluarga..dekat lebih baik.. huhuhu...

Apa yang paling penting, makcik kata, hidup perempuan ni, paling penting pertamanya tumpukan kepada keluarga. Kepada suami, kemudian anak-anak. Kerjaya tidak kemana kalau ditinggal suami. Yang penting sekali adalah menjaga rumahtangga. Elakkan penceraian, dan kalau boleh biarlah masa lebih banyak dengan keluarga, bukannya kerjaya.. :)

Saya menerima pendapat dan nasihat makcik.. Setiap orang ada pendapat masing-masing.. Dan sebagai seorang yang sudah banyak melalui asam garam kehidupan, hidup berumah tangga, hidup bekerjaya, memang makcik ku mempunyai pandangan sendiri, dan berbeza dengan pendapat anak-anak muda masa kini. Namun, saya memang terfikir-fikir , apa yang makcik kata ada benarnya. ALLAHUALAM...hanya ALLAH saja perancang yang paling sempurna.

Tuesday, November 1, 2011

Bermulanya......

Assalamualaikum...
Alhamdulillah bermulanya hari yang indah, atas segala nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH...dan dibukakan hati untuk menulis..maka bermulanya juga niat untuk menulis di dalam blog.. memang dah lama sangat saya menyimpan hasrat untuk menulis dalam blog..cuma belum terkesampaian niat..Alhamdulillah hari ini tercapai juga hasrat hati..Alhamdulillah..setinggi-tinggi syukur kepada ALLAH...

Saya bukannya ada niat apa2 nak menulis..cuma ingin meneruskan niat yang sudah lama tidak tercapai..semoga niat dan impian ini hanya untuk kebaikan dan diredhai oleh ALLAH.. InsyaALLAH..

Ya ALLAH, ampunkan la dosa-dosaku andainya ini melekakan ku..