" Bersyukur kepada ALLAH yang menghidupkan setelah mematikan, dan hanya kepada ALLAH tempat kembalinya segala sesuatu"
Doa ketika bangun dari tidur

Maksudnya:
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

Maksudnya:
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan degan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah daku.
Hari ni kena mengemas rumah...kerja hujung minggu..mengemas2 apa yang patut dikemas...awal pagi mula2 masak dulu untuk makanan tengahhari..kemudian membantu mama mengemas rumah..mengecat ruang tamu rumah..seronok juga mengemas bersama seisi keluarga..tak la penat sorang2...cumanya kene mengalih2 perabot yang agak kalah sket..agak berat, jadi itula gunanya anak lelaki mama kata...Alhamdulillah mama ramai anak lelaki..5 orang anak lelaki..3 orang anak perempuan...jadi banyakla tangan yang boleh membantu..
Mama sangat pandai mengecat..mama ajar2 juga saya teknik mengecat..huhu..tapi saya masih gagal...saya tak begitu pandai..tapi dinding yang mama cat sangat2 cantik...
Adik lelaki saya pula dok sibok nak tanya macam mana nak buat Kuih Penjaram. Di negeri lain mungkin namanya lain, tapi di Sabah kami panggilnya kuih Penjaram...Kuihnya manis, kuih tradisional..Kuih penjaram ni digoreng, dan hujung kuih tu akan jadi cantik macam kelopak bunga.... Saya nak cari juga resepi ni..InsyaALLAH nanti nak belajar buat kuih penjaram..InsyaALLAH..huhuhu...
Emm esok hari raya Aidil adha, kami sekeluarga kumpul2 dulit, (dalam bahasa sabahnya, kami rukut-rukut duit) untuk beli binatang yang nak dikorbankan..lagi pun ni aktiviti korban sekampung..Kampungku yang diberi nama KG. Merampong. Memang tiap tahun aktiviti korban akan dibuat, jadi siapa-siapa yang ingin ikut serta boleh saja...Semua peserta kumpul duit, dan ajk akan beli binatang yang akan disembeli..daging sembelihan akan diagih-agihkan kepada penduduk kampung. Alhamdulillah..
Raya Adha tahun ini, mama akan buat kuih tradisi..biasa mama buat kuih sapit, kuih bintang, dan kuih lidah kambing..huhuhuhu...seronok ingat musim raya.. Semoga raya ini membawa keberkatan kepada kita semua. Amin..InsyaALLAH...
No comments:
Post a Comment