Friday, November 4, 2011

Nasihat Untuk Wanita Dari Makcik ku...

Alhamdulillah..syukyr kepada ALLAH sebagai seorang insan, saya masih hidup dan dapat melihat dunia yang ALLAH ciptakan untuk pelengkap kehidupan manusia ini.. Alhamdulillah...

Hari ini, seperti biasa, saya ke sekolah..bertugas seperti biasa..huhuhu..kerja sebagai guru ganti sementara aje di sekolah depan rumah, namun Alhamdulillah ni la rezeki yang tidak disangka-sangka yang ALLAH bagi kan? sebenarnya pada pendapat saya, agak lumayan juga gaji guru, walaupun hanya guru ganti..sehari dibayar RM95.90 (bagi pemegang ijazah)..Alhamdulillah..jadi tak sampai sebulan pun blh dapat juga dalam 1k lebih2 sket..Alhamdulillah.. Rezeki..bukannya apa, as penganggur seperti saya ni, memang sangat bersemangat nak bekerja, almaklum belum ada pengalaman as guru bergaji... huhuhu..

Em nak dijadikan ceritanya, saya berkunjung ke rumah seorang makcik saya ni..dia dah nak pencen dah hujung tahun ni..pencen dari jawatan guru..masa saya kecik-kecik dulu tak pernah la sangat rapat dengan makcik saya ni...al maklum saya duduk kampung, pedalaman pula tu..makcik pula bertugas di ibu negeri..jadi tak pernah la rapat sangat..namun Alhamdulillah dah dewasa2 ni bertugas ditempat yang sama dengan makcik..Alhamdulillah...

Saya pun ditanya oleh makcik..ape perancangan untuk masa hadapan..jadi jawapnya, saya sudah habis degree, dan dalam masa mengunggu penempatan guru, kerana saya salah seorang pemegang ijazah sarjana muda pendidikan. InsyaALLAh kalau dah dapat posting, saya bercadang hendak sambung belajar ke master, dan insyaALLAH nak ke PhD juga.. InsyaALLAH..memang tu la perancangannya..

Makcik saya pun mula la menasihati saya...huhuhu...sebagai seorang perempuan, tak penting belajar tinggi sangat.. dah dapat ijazah pun dah ok..tidak perlu la tinggi sangat..sebabnya lelaki (suami) tak pandang sangat benda macam tu..lelaki macam mana pun memang sangat2 perlukan perhatian, dan kasih sayang dari isterinya. Bukan apa, makcik nasihat ni sebab tak lama lagi memang saya akan ke arah tu...perkahwinan..InsyaALLAH..

Makcik kata, boleh sambung belajar kalau duduk masih serumah, samaada pilih tempat study yang dekat dengan rumah, atau ambil PJJ...emm memang itu niat saya, nak pilih institusi yang berdekatan dengan rumah..InsyaALLAH jika diizinkan ALLAH, saya memang nak elakkan daripada berjauhan dengan keluarga..dekat lebih baik.. huhuhu...

Apa yang paling penting, makcik kata, hidup perempuan ni, paling penting pertamanya tumpukan kepada keluarga. Kepada suami, kemudian anak-anak. Kerjaya tidak kemana kalau ditinggal suami. Yang penting sekali adalah menjaga rumahtangga. Elakkan penceraian, dan kalau boleh biarlah masa lebih banyak dengan keluarga, bukannya kerjaya.. :)

Saya menerima pendapat dan nasihat makcik.. Setiap orang ada pendapat masing-masing.. Dan sebagai seorang yang sudah banyak melalui asam garam kehidupan, hidup berumah tangga, hidup bekerjaya, memang makcik ku mempunyai pandangan sendiri, dan berbeza dengan pendapat anak-anak muda masa kini. Namun, saya memang terfikir-fikir , apa yang makcik kata ada benarnya. ALLAHUALAM...hanya ALLAH saja perancang yang paling sempurna.

No comments:

Post a Comment